My favourite flower.

My favourite flower.
Hidup ini satu anugerah.

Friday, January 14, 2011

Seronoknya baca blog orang...macam membaca majalah...namun kandungannya lagi menarik.

Saya cuma perlu klik dan wow boleh membaca berbagai article yang menarik lagi menghiburkan,berilmiah dan berguna untuk di contohi.Tak perlu lagi membeli majalah-majalah di kedai.Berbaloi lah membayar RM68 kepada Celcom tiap-tiap bulan kerana perlu rajin je untuk mengadap komputer ni.Kebetulan saya terbaca blog seorang wanita mat salleh yang sangat menarik.Bahasanya dan isi penulisannya memang ada kelas,seperti kata orang hari ini.Tetapi kesiannya bila mengetahui beliau ini sedang melawan penyakit kanser yang dihidapinya.Dalam tulisannya beliau menurunkan hasil pemeriksaaan sebagaimana yang diterima dari doktor.Beliau berjaya bertahan dan terus meluahkan perasaan dan harapan dalam blognya itu.Semoga beliau berjaya,kerana bagi saya setiap insan itu berhak mewarnakan corak yang tercantik untuk kehidupnya sendiri.Saya yakin,kalau beliau tidak sakit tentu beliau tidak akan ada masa untuk mengarang ayat yang indah-indah dan mencuit perasaan setiap pembaca .Biasanya begitulah,bila kita dalam kesakitan kesedaran dan keinsafan pasti menjelma dalam diri.Saya pernah mengalami keadaan sebegini.Ketika itu baru lepas bersalin.Rasa lemahnya badan sehingga saya boleh terfikir kalaulah saya di serang orang jahat yang menceroboh masuk rumah ketika itu,pasti saya tiada daya upaya untuk melawan.Aduhhh...kesiannya.Maka itulah dikatakan kesukaran yang kita alami itu adalah cara untuk kita belajar mengenal hakikat kehidupan ini.Ketika badan kita rasa sihat dan kuat ,mudahnya kita nak berbuat sesuatu yang boleh menyakiti kehidupan orang lain.Sedapnya mulut melontarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang sekeliling.Tetapi bila sampai masa jangankan hendak bangun bergerak,mengeluarkan kata-kata pun tiada suara.Itulah ketika kita di serang penyakit.Insan yang belajar ketika dia sakit,akan sangat menghargai waktu sihatnya.

No comments:

Post a Comment