My favourite flower.

My favourite flower.
Hidup ini satu anugerah.

Tuesday, November 30, 2010

Rahsia dari peran Atok.

Sebenarnya ini satu daripada tajuk dalam cerita motivasi untuk kanak-kanak  yang sedang dalam proses ...untuk di bukukan.Kisah  tentang Tulip yang berpeluang pulang ke kampung ibunya di Malaysia.Tulip dilahirkan dan di besarkan di Turkey oleh nenek Ameena.Bila Tulip berusia 14 tahun ,dia telah berpeluang pulang ke negara kelahiran ibunya di sebuah perkampungan yang terpencil di Muar, Johor.Ibu Tulip , seorang wartawan bebas yang telah banyak mengembara ke serata pelusuk dunia telah mengambil keputusan untuk membawa Tulip tinggal bersamanya,namun mendapat tentangan dari nenek Tulip.Ini adalah semata-mata kerana Syazryza,ibu Tulip yang suka mengembara dan tidak suka tinggal setempat.Akhirnya nenek Ameena akur dengan permintaan Syazryza bila beliau mendapat tahu yang menantunya itu akan bersara dan akan menetap di Malaysia.Di awal perjumpaan,Tulip agak kekok bersama ibunya,namun keadaan berubah apabila ibu membawanya pulang ke kampung untuk menguruskan soal harta pusaka.Ketika inilah Tulip menjumpai sesuatu....Tulip seorang anak gadis yang pintar dan berani.Apa yang dijumpai Tulip adalah sebuah tabung lama yang telahpun pecah.Sebagai pencinta barangan lama,Tulip telah meminta kebenaran mak ciknya untuk memiliki tabung antik itu.Mak ciknya telah membenarkan dan ketika Tulip cuba mencantum semula tabung yang diperbuat dari batang pokok itulah dia menyedari ada bahagian lain dalam tabung itu yang belum di buka.....seterusnya..

Kembang Perawan

Lagu ini nyanyian Gita Gutawa.Kisah remaja yang meluahkan perasaan cintanya yang mula berbunga dengan indahnya.Melodi lagu ini ada unsur balad klasik kot...Mak Teh tidak tahu lagu ini wujud pun kalau tidak kerana kisah yang touchy ini.Sedang menonton TV,Innda yang sedang melayani facebooknya tiba-tiba menjerit memberitahu."Mak adik angkat kak long dah meninggal dunia"."Hah,siapa adik",tanya ku.Innda pun menunjukkan wall dimana terdapatnya informasi itu."Mak tahu tak,dia baru add kak long(Waney) ,esoknya dia meninggal",jelas Innda lagi.Innda terus membuka link kepada blog ( melalui fb) friend kak long ini dan berkumandanglah lagu ini.Ya Allah,hatiku bagai di guris kepiluan yang amat sangat.Gadis ini baru berusia 16 tahun,blog dan facebooknya semua tentang catatan beliau disaat-saat menjelang kematiannya.Kelahiran Kucing Sarawak namun jenazahnya telah dikebumikan di London,UK.Kak Long memberitahu yang Mia (nama awalnya) sempat chat di facebook.Mia menceritakan keadaanya yang diberitahu doktor ada masa sebulan lagi untuk hidup.Mia rupanya mengidap barah otak.Al-Fatihah,semuga rohnya dicucuri rahmatNya.

Thursday, November 25, 2010

IA MEMBERITAHU...

Sebagai hamba Allah kita tiada pilihan dalam menempuh apa yang sememangnya telah diperuntukkan kepada kita sejak azali di Loh Mahfuz.Teh yang sebelum ini tidak begitu arif tentang Sufism menjadi begitu tertarik untuk mendalami Islam mengikut kaedah itu.Titisan airmata berderuan mengalir.Terjawab satu persoalan yang sangat diperlukannya.Jadi hakikat kehidupan ini bukan untuk manusia mencapai kepuasan dirinya sendiri.Hidup ini adalah satu tugasan untuk melakukan tugasan yang telah di amanahkan.Apa yang ditakdirkan untuk kita itulah amanah yang diberikan.Info itu memberitahu lagi kalau sesaorang itu hendak mencapai matlamat hidup ini iaitu menjadi insan soleh atau solehah tidak payah merayau jauh-jauh.Kalau dia seorang petani,dengan memegang cangkul dan bersungguh-sungguh menanam dan menjaga tanamannya pun dia boleh mendekatkan dirinya dengan Allah.Allah tidak meletakkan sebarang syarat kepada hambaNya yang mahu mengenaliNya.Teh perolehi ketenangan dan jiwanya menjadi begitu tenteram.Percaya atau tidak sebagai pendidik pun sebelum itu dia merasakan dirinya sentiasa sibuk untuk mengenali Allah secara dekat.Pengetahuan tentang Allah bagai fakta yang tersemat di minda,tidak dari dalam diri secara keseluruhannya.Sejak hari itu Teh mengamalkan beberapa suruhan dan ternyata ia menjadi amalan dalam kehidupannya.Allah bukan untuk di ingati ketika solat sahaja,tetapi di mana sahaja dan setiap ketika.

SEPERTI KAIN PUTIH...

Daripada  ibubapa dan para pendidiklah   mereka harapkan untuk mendapatkan corak yang cantik.Dengan corak yang asas inilah mereka akan berjalan di atas muka bumi ini sehinggalah mereka dapat mencorakkan kehidupan mereka sendiri.Ya Allah betapa besarnya peranan ibubapa dan para pendidik.Inilah yang akan ditanya di akhirat nanti.Kadangkala  Teh rasa dia sudah buat sehabis baik,namun baginya dugaan yang datang itu bagai satu tamparan yang sangat hebat.Ada banyak lagi di luar sana yang Teh perlu ambil tahu dan dapatkan.Teh sedar kelemahannya ialah merasa cukup dengan apa yang ada.Tidak akan bercampur dengan sembarangan orang yang boleh mendatangkan masalah kepadanya.Paling dia tidak suka mencampuri urusan orang lain.Baginya prinsip jangan mengganggu kalau tidak mahu diganggu.Dengan lemah longlai Teh menghampiri komputer.Dia mahu melupakan apa yang mengusik jiwanya itu dengan membaca bahan-bahan yang disukainya seperti kebiasaannya.Tiba-tiba dia terjumpa satu informasi yang dirasakannya memang dikhaskan untuknya.Dia merasakan segala keluhan perasaannya kepada Tuhan telah mendapat jawapan.

Once upon a time...

Teh menyedari yang dia dilanda kesedihan yang amat sangat.Sedihnya bukan kepalang,rasanya lebih semangkuk airmata telah terkumpul.Tiada siapa yang berani mendekatinya,menambahkan lagi sesi bersedihnya,sebab tiada siapa yang berani nak dekat.Begitulah insan yang di gelar Teh ini.Itulah kebiasaannya sejak kecil pun,pantang tersinggung.Merajuk gila.Tetapi sekejap sahaja,selepas itu dia akan jadi macam biasa.Namun,kesedihan yang itu agak pahit.Kalau boleh di ukur ia adalah pada tahap maksima.Teh tidak sedarkan diri,dia tertidur dan bila matanya dibuka keesokan hari,perasaannya rasa lega.Badan pun rasa cergas.Dia keluar rumah untuk bekerja macam biasa.Jadi pendidik seperti artis juga.Akan sentiasa diperhatikan. Dari awal pagi sampailah waktu balik.Teh tidak pernah mencampur adukkan masalah peribadinya dengan tugasannya di sekolah.Dia sentiasa menganggap tugasnya itu sebagai satu amanah yang tidak boleh tidak mesti dipegang dengan baik.Memang apa yang bersarang dalam jiwanya begitu mengganggu dan dia sedang berjuang untuk mengatasi masalah yang membebankan itu.



Selama ini tugasannya di sekolah amat mudah dilakukan.Seronok bertugas sebagai pendidik di sekolah rendah.Klien Teh adalah kanak-kanak yang berusia dari 7 hingga 12 tahun.Membesar dari berbagai latar belakang mereka juga memperlihatkan tingkahlaku,kebolehan dan pencapaian yang tidak seragam.Teh sedar selama ini dia berada di satu zon yang selesa,tugasan tidak begitu mencabar .Kanak-kanak ini

Wednesday, November 24, 2010

Kewujudan mahkluk ini tidak boleh dinafikan.Ada di sebut dalam Al Quran.

Semasa beraya di kampung bersama ibu mertua ,macam biasalah kami suka bersembang-sembang.Antaranya tentang Pak Usu yang terpaksa memasukkan baby Bashirah ke hospital kerana penyakit kuningnya.Cerita pak Usu menaikkan bulu roma kami yang mendengarnya.Ada pocong berdiri di satu sudut bilek rawatan itu.Orang biasa pun boleh melihatnya.Setelah dipanggil seorang yang pakar mengusir mahkluk halus,lembaga itu pun hilang.Kisah pak Usu ini bukan luar biasa lagi.Malah orang tidak takut pada ketakutan yang dibuat-buat,macam dalam movies tu.Yang pasti,mahkluk ni takut pada ayat suci Al Quran.So you guys...just perform your solat and read  the Al Quran.Ya Allah  hambaMu mohon perlindungan dari syaitan yang di rejam.

Pengajaran dari kisah dongeng...

Baru-baru ini saya telah  masuk ke kedai buku di KLCC yang tersergam indah tu.Banyaknya buku-buku yang berbalut kemas dengan plastik tersusun di atas rak.Manakala buku-buku tertentu ada di rak-rak yang lain boleh di buka untuk para pembeli melihat sekali lalu isikandungnya sebelum membeli.Ada seorang ibu dan anak kecil berusia 3 atau 4 tahun sedang duduk dilantai.Si ibu sedang mengawasi anak perempuannya membelek buku tersebut dengan penuh minat.Mungkin setelah melihat banyak gambar-gambar berwarna yang cantik si anak telah meminta ibu membelinya."Tak payahlah !...mahal",kata ibu itu.Kasihan anak itu.Memang betul sekali lalu aku dapati harga buku dan barangan di situ mahal gila !!!.Tahulah tidak ada apa yang murah sekarang ni,apatah lagi kalau di jual di premis yang terletak di pusat bandar raya.Mungkin tiada masalah bagi yang berpendapatan tinggi.Aku mengenal pasti buku-buku itu adalah terbitan luar negara.Buku yang di import.Isi kandungnya menarik dengan illustrasi yang cantik-cantik.Buku-buku seperti ini tentu mampu di beli kalau ia dihasilkan dalam negara oleh penulis tempatan.Teringat masa kecil,telah membaca kisah Pak Pandir.Sehingga sekarang kalau sesaorang itu buat sesuatu tidak menggunakan akal fikiran  dia akan di panggil Pak Pandir.Siapa nak tulis tentang watak orang Melayu yang bijak bistari pula?

Dari tepi jendela ini.... aku hanya insan biasa

Aku hanya insan biasa...maka itu aku bermula dari seorang bayi perempuan yang lahir  dari rahim ibuku.Kelahiranku juga di sambut oleh seorang yang bernama bapa.Aku membesarkan dalam persekitaran yang di sediakan oleh mereka. Aku melangkah dan meniti hari demi hari dalam kehidupanku hingga satu saat aku dapati ada sesuatu yang aku tidak tahu dan perlu tahu.Ya Allah terima kasih kerana menarik aku jauh dari kegelapan ke satu dimensi yang menyerlahkan siapa aku di sisi Mu.Hanya Allah sahaja yang tahu,bagaimana hati dan perasaan ku ini.Aku tetap marah ,masih merasa benci dan tidak suka kalau faktor-faktor penyebab itu di lakukan oleh mereka yang sengaja malas tidak menyedari yang dia juga hanya seorang hamba Allah.Bila fikiran ku buntu aku akan mengucapkan Allahuakbar,Allahuakbar banyak-banyak.Kesannya....fikiran ku kembali tenang,tenteram dan aku teruskan perjalanan mengikut track ini...Thank you Allah.

Dari tepi jendela ini....sedar dan insaf

Tentang kehidupan...
Baru-baru ni suka surf internet mencari maklumat tentang sejarah Muar.Ketika membaca,saya mencongaklah usia datuk dan nenek ketika berlakunya perang Jementah.Nak tahu ketika perang itu mereka terlibat ke atau tidak.Paling tidak tentu mendengar cerita bagaimana tragiknya ia...Anehnya..."Di mana pula aku ya,ketika itu ?",tertanya sendiri.Jawapannya di satu alam yang hanya Allah sahaja yang tahu.Alam itu wujud dan menjadi rahsia yang tidak terungkai oleh insan biasa.Yang pasti alam ini dan ketika ini aku telah wujud dan Ya Allah cantik sungguh dan hebatnya alam ini.Kedatangan ku teratur....,aku lalui fasa-fasa tertentu.....>bayi,kanak-kanak,dan dewasa ...seterusnya ke satu alam lagi yang tidak diragukan lagi memang wujud.Cuma kita ada memori tentang masa hidup kita sebelum masuk ke alam ke tiga ini sedangkan tiada memori langsung alam sebelum lahir ke alam ini.Semua ini boleh di bayangkan...kalau sekarang ini serba hebat apatah lagi sebelum dah sesudah nanti...lagi hebat.Allah Maha Besar.Allah Maha Suci.Terima kasih ya Allah aku salah seorang dari hamba-hambaMu yang kau ciptakan dan merasai hebatnya pengembaraan ini.Terasa betapa kecilnya diri ini namun bersyukur dan hamba Mu ini mohon petunjuk,rahmat dan kasih sayang Mu ya Allah.

Monday, November 22, 2010

Alahai...pusara moyangku...

Dalam banyak-banyak kisah dari keluargaku yang aku dengar ,Pusara Panjang yang paling mengharukan perasaan ini.Terletak nun di hujung kampung di tepi Sungai Kesang.Arwah abah pernah bercerita,semasa kecil beliau sering di bawa oleh ayahnya ( Mohd Akib b Panjang) menziarahi  pusara tersebut."Mengapa atok di kuburkan di situ abah?"tanya ku.Arwah abah tidak dapat memberikan jawapan yang tepat.Katanya,orang zaman dahulu memang begitu.Jenazah di kebumikan di kawasan yang paling dekat dengan tempat kematian.Kami adik beradik sendiri tidak pernah di bawa menziarahi pusara tersebut.Cuma arwah adik Safiri pernah bercerita tentang pemergiannya ke pusara itu.Katanya ,ia terletak di atas sebuah pulau kecil di sungai itu.Sesaorang perlu berperahu untuk ke situ.Sebenarnya mungkinkah,pusara moyang betul-betul di tebing sungai.Melalui masa dan air sungai yang berterusan mengalir telah melingkari kawasan pusara itu dan membentuk ia sebuah pulau.You must be somebody great grandpa.May you rest in peace and be in Allah's rahmat forever.

ARUS KEHIDUPAN INI...

Saat yang paling seronok kalau pulang ke desa  ialah ketika berkumpul adik-beradikBerbeza ketika masih kecil,kini berkumpul sebagai mak-mak,ayah-ayah dengan anak-anak saudara yang mewujudkan sebuah keluarga yang tersangat besar.Teringat masa kecil-kecil dulu ,ikut keluarga balik ke rumah atok di Bukit Kangkar.Budak-budak kecil dah melepak tidur,tetapi kaum ibu masih duduk berkumpul,buat apa lagi ,berceritalah....macam-macam.Nampaknya aktiviti tu masih berlaku kini.Cuma kami akan duduk di atas tangga depan,mengadap bangunan lama  Sekolah Kebangsaan Telok Rimba(kini telah tiada).Mak long memulakan dan cerita berpanjangan,bersambung-sambung berkisar kisah silam biasanya.Merata dari satu kampung ke kampung,mengingati peristiwa demi peristiwa.Bila yang melucukan...berdekah-dekah lah ketawa.Bila yang menyeramkan,mulalah yang kecil akan menghimpitkan diri dengan mak-maknya.Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa, diiringi dengan bunyi cengkerik menjadikan sesi itu menyeronokkan.Tidak terasa masa berlalu,sedar-sedar terdengar azan subuh dan desaku  tersangat indah diwaktu ini.

Saat yang sukar dilupakan.

Pada pertengahan 80an dulu, mak Teh paling suka menonton Facts Of Life.Drama ini sentiasa memaparkan nilai-nilai murni yang boleh kita jadikan contoh dan tauladan.Walaupun ianya drama Inggeris,kisahnya lebih kurang sama yang berlaku dalam masyarakat Melayu kita.Masalah dirumah,di tempat belajar,di pejabat dan di mana sahajalah tercetus sentiasa.Apa yang menarik setiap siri itu akan memaparkan satu situasi dan bagaimana watak-watak dalam drama itu akan bekerjasama menyelesaikannya.Mak Teh tak lepaskan peluang menontonnya  bila pulang bercuti .Kisahnya akan buat kita tertawa,tersenyum dan semacam satu semangat positif meresap dalam diri.Bila kembali semula ke kolej,drama tu tak dapat ditonton  sebab malasnya nak turun ke bilik rehat.Bila menjelang waktu maghrib,mak Teh merindui suasana menonton TV di kampungku yang indah dan damai.Arwah ibu pun suka menontonnya dan dia tahu anaknya sentiasa belajar sesuatu yang baik darinya.

Sunday, November 21, 2010

Orchids and Roses are my favourite flowers.

                                                                                                                                        Anggerik  yang menawan.

Pernah ada species ini,.






Saturday, November 20, 2010

Ubat dihalaman rumah.


Ketika pak Usu Rais dan keluarganya  singgah ke rumah dalam perjalanan pulang ke KL ,hujan sedang turun dengan lebatnya.Mak usu  dengan baby Bashirah meredah hujan untuk masuk ke dalam rumah.Innda membantu dengan memayungkan mereka.Sambil minum dan makan kuih pak Usu Rais tiba-tiba teringatkan  herba dukong anak yang diberitahu suami hidup sendiri dilaman rumah.Pak Usu tidak mengenali lagi herba itu .Mujurlah mak teh  kenal , lalu mencabut beberapa pokok yang hidup di antara pokok bunga dalam pasu .Mudahnya.......Mak usu  telah dinasihatkan supaya dimandikan dengan air rebusan herba dukong anak itu.Air tersebut sangat baik untuk ibu yang masih dalam pantang.Semuga selepas mengenali herba itu,pak usu boleh mencarinya .Herba ini hidup bersama rumput rumpai lain ditepi-tepi padang rumput,laman rumah dan kebun sayur.

Apa mak Teh nak buat?

Tiba-tiba mak Teh berminat nak menulis tentang nenek-moyang kita.Selama ini tiada apa-apa dokumentasi tentang mereka,walaupun kita tahu mereka bukan calang-calang orang.Sedihnya tiada siapa dari keluarga kita yang berminat untuk mengetahui susur galur keturunan mereka.Walaupun dari kalangan orang biasa,kita juga boleh mengenalpasti mereka.Buruk baik bukan untuk dipersoalkan...yang penting kita mesti tahu siapa mereka dan mereka wajar diingati.Siapalah kita kalau bukan kerana nenek moyang dan apa yang telah ditinggalkan untuk bahan kajian dan pengajaran.

Tinggal kenangan

My maternal  grandma's name is  Thugam while my paternal grandma's name is Encu.To me their names sound classic.They were great women.Grandma Thugam who was married to my grandpa Yatim  had a beautiful complexion.In fact,she had the caucasion features,like tall ,sharp nose and wide eye lids. At a glance,she looked like a Pakistani woman.Grandma Encu had a very fair skin,small nose and a small body.Judged by her look,she must be a very pretty lady when she married grandpa Mohd Akib. Well,I  am a mixture  of  them.I am proud to be one of their grandchildren.The reason why I really admired these two women,simply because they were great.They left us with abundance of artifacts that told us how excellent they were in their heyday.

Friday, November 19, 2010

Aktiviti masa cuti....

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...
Terima kasih kepada semua,khasnya puteriku Waney di atas sokongan dan galakan untuk memulakan penulisan blog ini.Ya apa salahnya...memandangkan sekarang masa cuti.Banyak masa terluang untuk melakukan aktiviti yang di gemari ,buat diri ku ........antaranya membaca.Dengan adanya blog sendiri bolehlah mencatat isi-isi penting dari bahan yang telah difahami untuk dikongsikan kepada yang sudi.Saya memilih nama ThugamEncu's Attic,kerana itulah hakikat  yang saya lihat dalam keluarga saya.Di rumah kedua-dua nenek kesayangan kami ini ada peran (attic).Semasa kecil,saya berpeluang naik dan melihat apa ada di atas peran itu.Rupanya tidak ada banyak bezanya dengan peran orang lain,yang ada hanya peti besi buruk dan segalanyalah yang lama dan tidak diperlukan lagi oleh  atok.Namun...itu dulu.Kini saya menyedari bahan-bahan itu sangat berguna sebenarnya.
Matapelajaran Sejarah akan menjadi matapelajaran wajib lulus nanti.Apa sahaja yang lama dan silam adalah sejarah.Siapalah kita tanpa nenek-moyang kita yang terdahulu...