My favourite flower.

My favourite flower.
Hidup ini satu anugerah.

Thursday, July 14, 2011

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji amalan pelaksanaan pendekatan inkuiri penemuan dalam pengajaran sains oleh guru-guru pra sekolah di daerah Bentong,Pahang.Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji sama ada guru-guru prasekolah mempraktikkan pendekatan tersebut dalam pengajaran sains dan mengkaji kefahaman guru prasekolah tentang kepentingan pendekatan inkuiri-penemuan.Selain daripada itu,kajian ini juga bertujuan bertujuan mengenal pasti masalah-masalah pelaksanaan pendekatan inkuiri-penemuan oleh guru-guru prasekolah dalam pengajaran sains di prasekolah.Kajian ini adalah berbentuk deskriptif.Sampel kajian ini terdiri daripada 30 orang guru prasekolah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia telah dipilih secara rawak.Insrument kajian yang digunakan adalah set soal selidik.Data yang diperolehi dianalisis secara kuantitatif.Data kajian yang diperolehi melalui soal selidek dianalisis menggunakan nilai kekerapan dan peratusan bagi mengenal pasti amalan,kepentingan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru prasekolah dalam pengajaran sains menggunakan pendekatan inkuiri-penemuan.Hasil kajian menunjukkan bahawa lebih 80% guru-guru prasekolah melaksanakan amalan pendekatan inkuiri-penemuan dan memahami kepentingannya.Walau bagaimanapun,sebanyak 50% guru-guru prasekolah menghadapi masalah dalam melaksanakan pendekatan inkuiri-penemuan.

Thursday, June 23, 2011

Sibuk memanjang...

Lama dah tak menjengok blog ku yang sememangnya sepi ini.Tiba-tiba sahaja teringin nak menjenguk pula.Ingatkan dah hilang di alam maya.Tapi bila aku taip nama Thugam Encu,keluar fail dan maklumat tentang blogku.Terharunya...biarlah ia menjadi diari rahsiaku.Tak perlu ada followers kerana aku rasa tiada apa yang menarik tentang penulisanku yang entah apa-apa.Namun aku masa begitu cepat berlalu dan aku bersyukur kehadrat ilahi yang aku dikurniakan dengan kesihatan yang baik untuk meneruskan kerjaya ku sebagai pendidik.Aku baru sahaja selesai bersembang dengan anak gadis ku tentang perasaannya yang sedang menunggu keptusan semester 4 nya.Dia kelihatan lebih ceria dan yakin yang pointer nya mungkin lebih baik dari semester lepas.Sebagai ibu aku tidak memaksa dia belajar bagai nak rak,cukuplah sekadar memuaskan.Aku dapati emosinya pun agak stabil bila perhubungannya dengan teman lelakinya kembali segar dan berbunga selepas hampir kelayuan.Apabila kak long memberitahu yang dia suka berkawan dengan pemuda ini,aku hanya mampu mengingatkan agar dia berhati-hati menjalinkan persahabatan memandangkan masing-masing masih belajar dan penumpuan terhadap pelajaran lebih penting dari memikirkan soal bercinta.Sebagai seorang ibu aku sentiasa mengawasinya dalam hal ini kerana tidak mahu anakanda kesayangan ku ini ketinggalan mengejar cita-citanya sebagaimana remaja yang lain.Doaku biarlah kak long bertemu keserasian dan jika ada jodoh mereka bertemu dalam suasana yang harmoni lagi murni.Amin.

Friday, January 14, 2011

Seronoknya baca blog orang...macam membaca majalah...namun kandungannya lagi menarik.

Saya cuma perlu klik dan wow boleh membaca berbagai article yang menarik lagi menghiburkan,berilmiah dan berguna untuk di contohi.Tak perlu lagi membeli majalah-majalah di kedai.Berbaloi lah membayar RM68 kepada Celcom tiap-tiap bulan kerana perlu rajin je untuk mengadap komputer ni.Kebetulan saya terbaca blog seorang wanita mat salleh yang sangat menarik.Bahasanya dan isi penulisannya memang ada kelas,seperti kata orang hari ini.Tetapi kesiannya bila mengetahui beliau ini sedang melawan penyakit kanser yang dihidapinya.Dalam tulisannya beliau menurunkan hasil pemeriksaaan sebagaimana yang diterima dari doktor.Beliau berjaya bertahan dan terus meluahkan perasaan dan harapan dalam blognya itu.Semoga beliau berjaya,kerana bagi saya setiap insan itu berhak mewarnakan corak yang tercantik untuk kehidupnya sendiri.Saya yakin,kalau beliau tidak sakit tentu beliau tidak akan ada masa untuk mengarang ayat yang indah-indah dan mencuit perasaan setiap pembaca .Biasanya begitulah,bila kita dalam kesakitan kesedaran dan keinsafan pasti menjelma dalam diri.Saya pernah mengalami keadaan sebegini.Ketika itu baru lepas bersalin.Rasa lemahnya badan sehingga saya boleh terfikir kalaulah saya di serang orang jahat yang menceroboh masuk rumah ketika itu,pasti saya tiada daya upaya untuk melawan.Aduhhh...kesiannya.Maka itulah dikatakan kesukaran yang kita alami itu adalah cara untuk kita belajar mengenal hakikat kehidupan ini.Ketika badan kita rasa sihat dan kuat ,mudahnya kita nak berbuat sesuatu yang boleh menyakiti kehidupan orang lain.Sedapnya mulut melontarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang sekeliling.Tetapi bila sampai masa jangankan hendak bangun bergerak,mengeluarkan kata-kata pun tiada suara.Itulah ketika kita di serang penyakit.Insan yang belajar ketika dia sakit,akan sangat menghargai waktu sihatnya.