My favourite flower.

My favourite flower.
Hidup ini satu anugerah.

Friday, December 31, 2010

Welcome 2011... wet January and about being low profile...

Good morning 1st January 2011,thank Allah for the rahmat given.I feel nice though outside the rain is still pouring.Last night,my family and I watched the Ambang 2011 on TV 2.I was quite upset and shared the same feeling as the Ambank chairman.Yes,all we want that our country to remain prosperous and blessed by Allah.Singing out loud is a way to voice out our needs and dreams.I would love to be one the Malaysians that could make everybody I meet smile...for it simply means happiness for me and for you.

Each one of us has a part to play.Me,as a mum to three kids and others in the school...is a challenging role.What else could I say...but to make sure that my today is better than the yesterday.To take part doesn't mean you have to be a public figure or a celebrity.Remember that Allah is always watching us...and this fact is more than enough to make me actually feel that I am also important and excellent just like them.Until today , my blog have no followers.To me,I am given a space and freedom to voice out my very own feelings.My blog is more like an electric diary to me.Let it be this way until others feel that I am doing things that are also useful for them.

So help me Allah.I do want to improve all the things that are required for me to be your truly humble ones.Help me to help myself,my family and my beloved country,Malaysia.

Thursday, December 30, 2010

Cucu kepada jurulatih silat sendeng- Attack at an angle!

Satu kampung tahu Mohd Akib bin Panjang.Selain seorang petani beliau mengajar silat kepada para belia di kampung.Itulah datuk ku yang aku kenali.Abah tidak banyak bercerita tentang ayahandanya.Bagiku atuk pasti seorang yang hebat kerana memiliki kemahiran bersilat.Silat sendeng sehingga sekarang masih popular dan dipelajari oleh generasi muda sehingga hari ini.Bagiku silat ini diberi nama sendeng kerana ia adalah satu seni mempertahan diri yang unik.Ia menyerang pihak musuh mengikut sudut-sudut yang tertentu.Bila kita berdepan dengan musuh kita akan segera membuka langkah.Langkah dibuka mengikut reaksi penyerang.Sekiranya penyerangnya tidaklah ganas,mudah sahajalah untuk ditewaskan so angle tidak perlu tinggi darjahnya.Begitulah sebaliknya apabila penyerang itu hebat...wow anglenya kena lah tinggi...berpusing-pusing lagi kot 360 x 2 dan sebagainya.Dari pengalaman ku,aku tidak suka nak berdendam dengan sesiapa.Aku benar-benar terpegun dengan watak utama dalam cerita-cerita yang aku hayati.Watak utama biasanya adalah wira atau wirawati.Aku selalu tegaskan kepada diriku yang aku hendak pegang watak utama dalam kisah kehidupan ku sendiri.Darah pesilat memang mengalir dalam diriku.Aku jadi berani kerana aku rasa aku benar.Aku sentiasa berusaha untuk mengelakkan diri dari melakukan kesilapan yang sama dan bukan diriku sengaja nak menyakiti diri orang lain.
Kini aku sedar,ada cabaran yang menarik menanti untuk ku di tahun 2011.Kalau dulu orang ada senjata tertentu,tetapi Alhamdulillah aku tidak perlu keris ke,lembing ke ....cukuplah dengan kepercayaan yang tinggi bahawa Allah sentiasa membantu hambaNya dari setiap aspek kehidupannya.Ada orang hendak menjadikan aku sebagai device bagi menyempurnakan misinya.Sayang misinya hendak menggunakan diriku sebagai device menggugat kehidupan orang lain tidak berjaya.Segalanya kerana Allah sentiasa menyebelahiku dalam banyak hal.Aku sentiasa berjuang untuk melakukan sehabis baik dalam setiap yang di amanahkan kepada ku.Selalu bila berdepan dengan masalah,aku akan bertungkus lumus cuba menyelesaikannya.Kesudahannya ...terasa kekuatan untuk menangani masalah itu ialah dari Allah.Dekat sinilah letaknya miracle tu...bila aku tak berdaya dan terasa sangat lemah...dilanda kesedihan yang amat sangat aku dapat merasa pertolongan Allah datang kepada ku.Aku perolehi kekuatan semula dan rahsianya ialah aku telah meminta pertolonganNya dan pertolonganNya yang aku dapat.Ya, Allah sentiasa mendengar keluhanku dan setiap masalahku dapat aku selesaikan dengan bantuan Allah.Aku terasa dekat dengan penciptaku...dan sebab itulah sejak itu pandangan ku terhadap persekitaran jadi berbeza ,tidak perlulah yang diperjelaskan ,tetapi setiapkali perasaan ku di sakiti aku dapat menerimanya walaupun memang terasa keperitannya.Aku boleh melupakan jahat orang kepadaku,aku boleh doakan semoga dia menyedari perbuatannya itu salah dan memohon ampun dan bertaubat kepada Allah.Siapalah aku....hanya hambaAllah yang biasa dan mengharapkan kehidupan ku dan keluarga ku selamat di dunia dan di akhirat.Ya Allah ...berilah hamba Mu ini semangat dan kekuatan untuk menjadi individu yang cekal dan tabah semangatnya dalam meniti arus kehidupan yang kau tentukan ini.

Tidak suka bergaduh ,namun berlaku juga pertelingkahan...

Sebagai pelajar aku memang sentiasa memenuhi harianku dengan menyempurnakan kerja sekolah dan membantu mak didapur.Waktu malam,menonton television menjadi kegemaranku.Lewat tahun 70an sentiasa ada drama bersiri seperti Peyton Place,tayangan larut malam dan akulah penonton paling setia.Kadangkala aku kena marah juga dengan abah kerana lewat tidur sedangkan esok sekolah.Sebenarnya menonton tu seperti kita membaca novel elektrik kan ,tak perlu mata meniti perkataan demi perkataan tetapi di permudahkan dengan lakonan yang lebih memudahkan penyampaian cerita dan mesej yang tersirat.Aku selalu mendapat inspirasi dari cerpen (drama) dan novel (drama bersiri)yang aku tontoni.Kalau kisah sedih tu berjurai-jurailah airmata.Yang kelakar berderailah ketawa berdekah-dekah.Yang serius,ngeri dan tragik timbul rasa insaf dan menjadikan diri begitu berani.Jadilah aku seorang yang sentiasa berhati-hati dalam menjalinkan persahabatan.Aku pernah diperhatikan oleh seorang pelajar perempuan sehingga menimbulkan rasa tak sedap hati."Kenapa budak tu asyik perhatikan aku hah...apa yang tak kena ni",bisik ku sendiri.Aku pun selamba memberanikan diri menghampiri budak perempuan itu."Kenapa awak asyik perhatikan saya ya?",tanya ku peramah.Budak tu tersipu-sipu senyum sambil berkata"Sebab kakak ni lawa lah".Hah,dapat jawapan.Oh pujian sebegitu biasa aku terima.Yang spontan lagi,masa tu bab bergaya-gaya ni memang aku tak pandai.Satu kepujianlah tu..kepada natural beauty yang di miliki...kah..kah..kah.Aku asyik memerhatikan watak-watak dalam movie yang aku tonton,tak sangka pula aku juga menjadi tontonan orang lain.Nasib baik aku dapat comment yang mostly positif.Serba sedikit aku mula mengenali diri.Dalam keluarga aku lah yang paling tidak popular.Jarang kena tegur dan menimbulkan masalah.Anak baik lah katakan.Tetapi memangpun,semuanya aku belajar sendiri.Tiada faedah bergaduh,akibatnya sangat buruk.Tidak sia-sia aku melihat apa yang diperlihatkan kepadaku kerana aku sentiasa belajar darinya.
Namun sebagai remaja yang normal aku masih ingat yang aku mudah juga terikut ikut dengan sikap nakal kawan-kawanku.Kami bergaduhlah..bermasam muka tak bertegur sapa tapi sekejap je...lepas tu berbaik semula.Aku anak mak yang sentiasa ceria,mudah dapat kawan namun perasaan mudah tersentuh kalau disakiti.Aku seorang yang sangat sederhana,lantaran itulah ketentuanNya untuk ku.

Siapalah aku hendak menyampah dan meluat pada kalian...

Semasa kecil,memang aku agak lasak.Berlari ke sana-sini,melompat dan memanjat pokok dikawasan kuarters perumahan aktiviti biasa.Belakang rumah mengalir sebatang anak sungai yang merimbun dengan sayur kangkung.Ketika arwah mak suruh petik kangkung,sempatlah aku dan adik ku
berkubang dalam sungai itu.Bila waktu senja aku ambil bahagian menutup pintu reban ayam dan memastikan kambing-kambing ternakan kami masuk kandang.Pendek kata memang aku mesra dengan alam persekitaranku ketika itu.Sedikit pun tidak terfikir ketika itu bahawa kehidupan ini satu ruang untuk mengenal siapa diri dan Tuhan.Ajaibnya segalanya begitu natural tidak terasa apa-apa yang weird sehinggalah usia meningkat dewasa.
Alam persekolahan memang menarik.Tiada dalam ingatan peristiwa yang tragic atau mengerikan.Tiada kesukaran yang ketara kecuali aku perasan yang alam remajaku banyak mengajarku erti keberanian dan percaya pada diri sendiri.Kawan-kawan ku semuanya baik-baik belaka.Kewangan tidak menjadi masalah kerana aku penerima Biasiswa Persekutuan.Cuma aku suka memanjakan diri ku.Boleh bercita-cita nak jadi juruhebah je,bila cik gu bertanya.Tak ambitious langsung kan...

Tuesday, December 28, 2010

Tentang pokok apple,tamar dan buah durian...

Cuaca masih mendung,panas sekejap menjelang tengah hari membolehkan kain kering di ampaian.Keadaan begini biasa di bulan Disember.Ada masa cuaca begitu sejuk dan terpaksa memakai sweater.Manakala berita di TV melaporkan salji turun dalam keadaan lebat yang luar biasa di Barat.Teringat masa kecil dulu,aku selalu berangan dapat berjalan di atas salji dan membuat snowman di halaman rumah.Kemudian selepas salji cair,alam sekeliling akan mula ditumbuhi dengan tumbuh-tumbuhan dan persekitaran kembali hijau dan berwarna-warni.Indahnya kehidupan di sebelah Barat.Perubahan cuaca yang ketara menjadikan kehidupan mereka penuh cabaran dan minda sentiasa berfikir bagaimana nak meneruskan kehidupan.Namun hakikatnya keindahan itu tidaklah sepenuhnya .Pada pandangan mataku yang lahir di sebelah Timur ni memang aku nampak keindahan alam semulajadi lebih cantik di Barat daripada di Timur.Walau tidak pernah menjejakkan kaki ke sana setakat ini,tetapi dengan melihatnya melalui internet sudah cukup memberiku gambaran yang jelas dan terasa dekat di hati.Bayangkan bila teringin nak lihat pokok apple,aku cuma perlu menaip saja dan aku akan diperlihatkan dengan video ladang apple.Apatahlagi pokok-pokok apple yang digambarkan hidup subur di perkampungan sepanjang sungai ohh Tuhan cantiknya tumbuh-tumbuhan yang hidup dalam iklim empat musim itu.Kadangkala terasa mereka sungguh bertuah dan lebih di sayangi Tuhan.Sebaliknya di Mekah ,hanya gurun sejauh mata memandang dan ketandusan di mana-mana.Walau ada tumbuh-tumbuhan setengahnya perlu dibantu dengan perairan.Apa yang menarik ialah berbagai jenis pokok Kurma yang terdapat di situ.Berbagai jenis dari yang berkualiti tinggi sehinggalah yang biasa.Keenakan buah tamar atau kurma memang tiada tandingan.Sedapnya luar biasa.Namun di sinilah berpusatnya Islam,agamaku yang suci lagi murni.Di sini letaknya Kaabah,di mana wajah-wajah terarah bila menunaikan solat 5 waktu.Manakala di tanahair ku ini keadaan nya berbeza.Miliki hutan yang tersangat tebal sepanjang tahun panas dan lembab.Tiga iklim yang berbeza yang sentiasa menarik perhatianku dan sentiasa dalam pemerhatianku dari sudut mana pun.Datuk dan nenekku Haji Yatim dan Hajah Thugam berpeluang menunaikan fardhu haji di tanah suci Mekah.Dari cerita yang aku dengar arwah nenek ku mengikut jejak langkah ibunya iaitu moyangku yang meninggal dunia di tanah suci Mekah.Mereka berjaya ke tanah suci Mekah dalam tahun 60an ketika itu aku masih kecil lagi.Arwah atok Hj Yatim pulang bersendirian dan aku masih ingat bagaimana mak tinggal lama di kampung untuk membantu keluarganya menyempurnakan kenduri arwah sehingga ke 100 hari.Dalam satu daripada hari-hari itu aku masih teringat betapa besarnya persiapan kenduri dilakukan dengan segala jenis makanan dan juadah.Rumah dari anjung sampai ke dapur di terangi dengan lampu pam minyak.Ketika itu belum ada elektrik dan pada hari biasa hanya lampu pelita biasa sahaja digunakan.Juadah yang paling sedap ialah wajik Durian.Buah Durian memang unik,kulit berduri dan gugur dari dahan apabila masak.

Kak Long back to CCM PJ...

Puteri sulongku kembali ke PJ untuk meneruskan pengajian semester 4 nya.Kami sekeluarga menghantarnya terus ke Pangsapuri Inai iaitu penginapannya kini bersama sepuluh orang lagi rakan sekolej.Pelajar senior kena duduk luar untuk memberi tempat kepada pelajar baru yang bakal masuk.Sebagai seorang ibu harapan ku biarlah anak ku mendapat keselesaan untuk belajar.Semoga kak long sabar dan tabah menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar luar kampus.Dengan ini tentu banyak cabaran yang sentiasa dihadapi.Semuanya bergantung kepada pengurusan masa yang betul.Sikap bertolak ansur dan tabah juga sangat perlu ,percayalah pejam celik InsyaAllah masa akan cepat berlalu dan harapan semua ibubapa anak-anak mereka pulang dengan segulung diploma.

Sunday, December 26, 2010

Sambungan novelku.....

Tulip mendapati ibunya sedang bersedih.Ma boleh berkongsi cerita itu dengan Tulip.Begitulah selalu tanggapan Tulip.Kalau ibunya bersedih pasti ada penyebab dan ia adalah cerita.Kedua anak beranak ini sememangnya akrab,sehinggakan masalah peribadi boleh dikongsi bersama."Beginilah sayang,mama tahu Tulip sayang mama,tetapi entah kenapa kali ini mama belum bersedia nak bercerita fasalnya" beritahu Puan Pelangi.Tulip merenung manja wajah mamanya.Anak gadis ini mendapati ibunya sudah tidak macam kebiasaanya.Dia tidak berpuas hati.Namun gadis yang bijak ini menghormati pendirian mamanya ketika itu.Dia beredar dan terus menuju bileknya dengan langkah yang lemah longlai.Tulip tetap berharap mamanya akan bertukar fikiran dan memanggilnya untuk meluahkan segala perasaannya.Sehingga pintu bilik dibuka,tiada suara kedengaran.Tulip masuk dan menutup pintu biliknya dengan perlahan.Puan Pelangi masih di ruang tamu dan sedang membaca beberapa dokumen dari sebuah fail."Siapakah gerangan Hamba Allah yang sangat pemurah ini?",bisiknya perlahan."Aku akan siasat",tegasnya.
Tidak sampai seminggu kemudian Puan Pelangi telah menerima kunjungan seorang peguam.Peguam tersebut telah bercerita dengan panjang lebar sehingga segalanya menjadi jelas dan tidak ada keraguannya lagi."Tahniah Puan...Puan memang seorang yang bertuah.Saya rasa apa yang Puan tulis di blog Puan itu bolehlah dibukukan,pasti jualannya meletup Puan" kata Peguam itu dalam nada serius.Puan Pelangi tidak menafikan yang dia rajin menulis di blognya.Namun blognya tidak ada seorang pun follower.Ini bermakna apa yang di tulisnya telah di baca oleh insan misteri itu,namun tiada indikasi beliau sebagai followers.Puan Pelangi terasa terharu namun dia bersyukur buah fikirannya banyak membantu memberi perangsang dan semangat kepada hamba Allah itu meneruskan kehidupannya.Namun syarat yang diletakkan beliau adalah sangat menyedihkan.Beliau tidak mahu Puan Pelangi mengenali siapa dirinya dan cukuplah segalanya ikhlas kerana Allah swt.Apa yang pasti hal ini tidak boleh di beritahu oleh sesiapa pun walaupun kepada Tulip puteri kesayangannya.
Pada keesokan harinya Puan Pelangi telah pergi ke sebuah Bank yang telah di sebutkan dalam surat amanah itu.Wanita itu memang terkejut namun bersyukur kerana sejumlah wang yang bernilai 5 juta ringgit dan aset yang berbentuk hartanah yang bernilai 500 juta ringgit itu telah sah menjadi miliknya.

Monday, December 20, 2010

Kembali bekerja ...selepas bercuti panjang !

21 December 2010 saya menghadiri mesyuarat guru yang pertama bagi sesi 2011.Saya datang awal kerana teruja nak kembali bekerja selepas lama berehat.Tahun ni terasa lama kerana tidak dapat bercuti lama di kampung dan tidak buat percutiaan di tempat yang jauh.Ini kerana perlu berada di sisi putera tersayang yang baru selesai SPM nya semalam.Saya banyak mengisi masa dengan melakukan aktiviti sebagai surirumah sepenuh masa terutama sekali memasak.Sebab itulah terasa berat badan naik dan terasa berat nak bergerak.Sedar pada usia yang telah melangkah ke gerbang keemasan ini,berbagai perubahan pada diri yang ketara berlaku.Terutama dari segi kekuatan fizikal dan daya pemikiran terasa kian merosot dan memudar.Eeee mengerikannn.Namun Alhamdulilah masih di beri izin Tuhan untuk melihat pagi yang indah hari ini dengan semangat yang berkobar-kobar dan akan redha menerima ketentuan yang di tentukan oleh pentadbiran.Biasalah excited nak tengok kelas apa yang diberikan dan jawatan yang bakal di pertanggungjawabkan.

Terasa terharu kerana masih diberi tugas yang sangat mencabar iaitu sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris ,masih diberi mengajar kelas Tahun 6 dan orang yang dipertanggungjawabkan membantu menceriakan sekolah khususnya Taman Herba.Bagi saya tugasan ini biasa yang tidak lagi biasa pada tahun ini.Matapelajaran Bahasa Inggeris di kenal pasti sebagai subjek penggagal bagi pencapaian kualiti dan peratusan keseluruhan.Sayalah yang paling terasa menerima tamparan ini kerana saya adalah Ketua Panitia Bahasa Inggeris sekolah ini selama ini.Saya tidak menafikan yang saya rasa bangga kerana di klasifikasi sebagai guru yang beropsyen khusus dalam Bahasa Inggeris.Saya seronok mengajar matapelajaran ini kerana semasa sekolah saya adalah dari aliran Bahasa Inggeris.Saya pemegang Malaysian Certificte of Education dan tidak hairanlah penguasaan saya dalam bahasa ini tidak boleh dipertikaikan oleh pihak PPD dan pentadbiran sekolah.Mereka selalu berkata,alah cik gu aliran Inggeris,dah cakap orang putih sejak darjah satu.Tidak ada masalah dan itu sebab itu boleh ambil ijazah TESL dan lulus dengan mudah.Alhamdulillah apa yang saya miliki adalah satu bonus untuk saya secara peribadi.Saya ada basic yang sangat kuat dan penguasaan Bahasa Inggeris saya telah bermula sejak saya di sekolah rendah.Bukan bermula ketika saya di Maktab Perguruan dan ketika pengajian Jarak Jauh saya di Open University Malaysia.Maka itulah saya seronok mengajar matapelajaran ini kerana ia langsung tidak sukar bagi saya.Apatah lagi mengajar anak-anak yang berusia dari 7 hingga 12 tahun.Mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di tanahair saya sehingga saya berdiri sebaris dengan guru-guru Bahasa Inggeris yang cemerlang dan diberi pengikhtirafan sebagai Guru Sumber Bahasa Inggeris oleh JPN.Saya sedar dengan anugerah ini saya memang sejak dulu tidak boleh lari dari jawatan sebagai Ketua Panitia.Saya juga tidak pernah menganggap jawatan sebagai Ketua Panitia adalah sukar,kerana saya rasa bagi sekolah rendah penggerak utama ialah pentadbir.Ketua Panitia di sekolah rendah hanya sekadar title dan pentadbiran tidak pernah mendesak saya kerana prestasi kerja yang kurang memuaskan.Syukur kehadrat illahi prestasi Bahasa Inggeris di sekolah saya berada di tahap selamat dari paras bahaya.Ini bermakna sekolah saya selama ini mempunyai tenaga pengajar yang bagus,program yang bagus dan pentadbiran yang sangat bagus.Saya beranggapan semua guru telah mendapat latihan perguruan yang mencukupi mengikut opsyen masing-masing.Tidak timbul soal guru tidak boleh mengajar dan tidak tahu nak mengajar dan perlu di ajar lagi.Sepatutnya kalau begini tidak ada masalah untuk mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi.
Saya selalu berasa lega(satu credit untuk saya secara peribadi) bila mendengar bagaimana rakan-rakan seperjuangan yang mengajar di sekolah yang prestasi Bahasa Inggeris di bawah 40%.Mereka sudah mengajar bersungguh-sungguh namun penguasaan murid sungguh mendukacitakan.Maka kata rakan itu kenalah beliau dan rakan-rakan Panitia lain berserta gurubesar ke JPN untuk menunjuk sebab hal itu berlaku di sekolah mereka.Mula-mula saya sukar nak percaya perkara ini boleh berlaku namun itulah realiti yang saya temui ketika bergaul dengan sebagai pelajar ketika mengikuti pengajian jarak jauh dulu.Saya tidak berniat hendak meninggi diri tetapi saya cuma rasa terselamat dari menanggung beban perasaan yang sama seperti rakan saya itu.Jelas di sini kalau penguasaan guru-guru Bahasa Inggeris(bukan dari aliran Inggeris) amat terhad dan mereka memang kena banyak belajar lagi sebelum boleh memperbaiki prestasi Bahasa Inggeris anak-anak didik tersayang.
Saya sedar saya kena keluar dari comfort zone selama ini kerana apabila kepentingan Bahasa Inggeris tidak berpihak pada matapelajaran Matematik dan Science,ia menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek yang berdiri sendiri.Ia menjadikan guru-guru Bahasa Inggeris rasa stress kerana subjek lain menjadi mudah kerana diberi pilihan.Sudah tentu guru-guru akan memilih mengajar dalam Bahasa Melayu yang merupakan bahasa ibunda pelajar Melayu.Guru Bahasa Inggeris tiada pilihan melainkan tetap kena mengajar dalam Bahasa Inggeris.Tiba-tiba terasa berat tugas sebagai Ketua Panitia kali ini kerana ia berada dalam zone BAHAYA.Guru-guru pula berbeza pendapat dan ada yang tidak bercita -cita tinggi,cukup sekadar biasa-biasa sahaja.Saya tidak merasakan reputasi saya tergugat tetapi yang pasti saya perlu bersikap tegas, setegas-tegasnya kerana selama ini saya biarkan mereka bekerja mengikut rentak mereka sendiri.Guru-guru sangat sensitif bila menyentuh soal akauntabiliti dan kewibawaan mereka.Saya sendiri tidak pernah mengatakan saya bagus sangat melainkan merasakan apa yang ada pada saya sebagai satu bonus yang Allah swt telah berikan.Apapun saya akan cuba buat sehabis baik yang saya boleh,kerana yang pasti saya perlu buat perubahan yang jelas dan praktikal,kerana dari pengalaman hanya pengurusan yang cemerlang menjamin produktiviti yang cemerlang.Semudah itu kan.Namun untuk melonjak ke satu point yang telah ditetapkan oleh pentadbir semasa mesyuarat tadi iaitu semua subjek teras kena sasar 80%,maka saya merasakan ini satu cabaran yang agak perit juga untuk semua guru Bahasa Inggeris tahun ini.Apatah lagi saya sebagai ketua,terasa ia satu amanah yang agak berat,ialah ini adalah bahasa antarabangsa,lain dari yang lain.Pelajar sekolah ini yang saya kenali miliki tahap penguasaan yang sederhana.Mereka yang cemerlang kerana mereka memang berminat dan ibubapa mengambil langkah proaktif untuk memajukan pencapaian pelajaran anak mereka.Sekarang saya hanya nampak program yang lebih mantap dan penyertaan yang sepenuhnya sahaja boleh merealiti hasrat kami guru-guru Bahasa Inggeris di sekolah saya ini.Semuga Allah merestui hasrat murni ku ini dan menjadikan tahun ini lebih baik dari tahun lepas.Amin.

Thursday, December 16, 2010

3 HARI DI GENTING HIGHLAND

Leganya....dapat balik ke rumah selepas menghadiri kursus.Seronok juga menginap di Hotel Seri Malaysia,masakannya memenuhi seleraku orang Melayu.Pada hari check out,antara lauknya Siput Sedut Gulai Lemak,sedapnya persis masakan arwah mak.Malas nak cerita panjang lebar tentang kursus yang dihadiri,namun penceramahnya bagus-bagus belaka.Cuma ada satu cerita yang menarik perhatian ku sangat-sangat yang telah di sampaikan oleh salah seorang penceramah itu.Tajuknya ...Ada RahmatNya.Di ringkaskan cerita, seorang Raja telah mendapati kesusahan yang menimpa dirinya itu mengandungi hikmah yang tidak ternilai maknanya.
           Insan sering berkeluh kesah apabila  dilanda kesusahan.Namun tahukah dia erti kesusahan yang dialaminya itu.Sebagai seorang Islam kita ada cara yang di anjurkan bagaimana untuk menangani setiap masalah.Perlu di ingat ini adalah BUMI bukan planet lain.Selagi hayat di kandung badan,masalah atau ujian itu tetap akan hadir untuk Allah mengesahkan di akhir hayat ini kita mendarat dekat Syurga atau Neraka.Sejak di bangku sekolah lagi kita dah di beritahu bahawa Islam adalah agama yang sangat mudah.Allah   tidak mengenakan paksaan pun untuk sesiapa menganutnya.Ada berbagai agama di dunia ini selain Islam seperti Kristian,Budha ,Hindu dan lain-lain lagi.Walaupun hamba Allah itu menganuti agama lain dan tidak mempercayai Allah itu Tuhan mereka,kehidupan mereka tetap maju dan makmur dari segala aspek,malah mengukuhkan lagi kepercayaan terhadap agama yang mereka anuti itu.
           Kehidupan ini bukan untuk manusia mencari kesempurnaan yang akan terjadi pada dirinya.Hakikat kehidupan dari zaman dulu sehingga sekarang tidak ada  manusia yang mencapai kesempurnaan dan kalau  adapun manusia merasakan yang dirinya telah mencapai kesempurnaan ...dia masih tidak boleh melarikan diri nya dari mengalami kematian.Yang maha sempurna hanyalah pencipta kita dan sebagai umat Islam kuasa yang maha besar itu ialah Allah swt.Hanya dialah satu-satunya yang mencipta alam maya ini dan planet Bumi yang di huni oleh mahkluk yang bernama manusia dan tidak dilupakan juga jin.Cuma yang menyedihkan di dunia ini masih ramai yang tidak menyedari bahawa masalah itu ada rahmatnya.Usah kesal,kalau hari ini anda merasakan anda malang kerana adalah sesuatu yang anda perlu betulkan dan selesaikanlah...dengan sabar dan tenang...InsyaAllah akan sampai masa anda akan rasa bersyukur kerana anda pernah merasa malang dan hari itu adalah hari dimana anda dapati anda sebenarnya adalah insan yang paling bertuah.
        Sejak saya menyedari setiap saat di planet Bumi ini adalah rahmatNya walau ketika susah,senang atau dalam kepayahan dan ada masanya terasa perit juga...saya tidak lagi mampu mengeluh sebaliknya menerima semua itu dengan kesabaran .Inilah kebaikan bila diri di alam kedewasaan.Pengalaman banyak membantu kita supaya berhati-hati agar tidak melakukan perkara yang pasti mengundang kesusahan pada  diri dan orang di sekeliling kita.Ramai yang menyangka bila dia bergelumang dengan kegembiraan  dia merasakan itu bukan ujian .Hakikatnya itu pun ujian cuma tidaklah masalah...Kita gagal kalau kita menyangka bahawa kita tidak wajar mengalami kesusahan bila segala kesenangan kita miliki.        

Friday, December 10, 2010

Ada sesiapa yang berminat untuk bekerja di kebun ku...

Ada ke sesiapa yang  hendak bekerja secara sambilan di kebunku.Kalaulah ayat ini boleh diiklankan dengan mudah ...alangkah bagusnya.Mula-mula sesiapa yang berminat ni perlu melakukan aktiviti menerangkan semak  belukar dikebun itu.Membina saliran air dikeliling kebun bagi memudahkan aliran air dan mengelakkan  air bertakung dikawasan tertentu.Mendirikan pagar  di sekeliling kebun bagi  meminimakan serangan haiwan liar seperti wild boars.Monkeys  too...banyaknya ...ini adalah antara cabaran yang wujud kalau aktiviti berkebun dilakukan di sini.Maka itulah jiran-jiran memilih menanam kelapa sawit dan getah.What I have in mind,I would like to build a kampung house,for those who want to experience kampung life....where all the kebun sayur and buah-buahan around them.If you are lucky you can see orang bunian lalulang or sense their presence around you.If you like to fish you can go fishing at the Kesang river.I am just providing a small but nice corner for anybody who wants to venture life the kampungway....This is my dream.

Sunday, December 5, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam semua....

Zainon Ali Semoga keluargaku memperolehi keberkatan dan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.Semoga tanahairku dilimpahi kedamaian dan rakyat hidup bersatu dan terus maju.Amin.about an hour ago · · 6 people

Pagi ni rasa bahagia ....aku bersyukur ke hadrat illahi.Selepas anakku Mohd Afdhal bersalaman dan aku ucapkan selamat berjaya ( bagi kertas Science Tambahan -SPMnya) kepadanya,aku terus membuka laptop dan melihat mesej.Tertera ucapan selamat Tahun Baru Islam.Menyedari hakikat diri baru melalui satu lagi pintu gerbang kehidupan.Aku terus menaip barisan ayat di atas,dan hanya dalam beberapa saat 6 orang like-Ya Allah hambaMu ini menyedari bahawa dalam kesaratan menggalas tanggungjawab sebagai hamba Mu di dunia ini,kadangkala  memang terasa penat,sehingga rasa sehembus nafas dipenghujung tahun Islam ini hanya mampuku lafazkan doa di atas dengan rasa insaf dan dengan harapan semuanya akan dipermudahkan untuk ku ya Allah.Thank you Allah for  the wonderful events that I had last year...I appreciated it and may your love and guidance be around  as ever...

Mohd Rozi Ismail
Kak Non....
"It takes more than caring
To be a real friend;
The nature of friendship;
Requires a blend
...Of warmest compassion
And love deep and true
To reach and to comfort
The way that you do.
Because I can see
That your kind of friendship
Is priceless to me"
 
A nice reply from a friend through  Mak Teh 's facebook.