My favourite flower.
Wednesday, November 24, 2010
Kewujudan mahkluk ini tidak boleh dinafikan.Ada di sebut dalam Al Quran.
Semasa beraya di kampung bersama ibu mertua ,macam biasalah kami suka bersembang-sembang.Antaranya tentang Pak Usu yang terpaksa memasukkan baby Bashirah ke hospital kerana penyakit kuningnya.Cerita pak Usu menaikkan bulu roma kami yang mendengarnya.Ada pocong berdiri di satu sudut bilek rawatan itu.Orang biasa pun boleh melihatnya.Setelah dipanggil seorang yang pakar mengusir mahkluk halus,lembaga itu pun hilang.Kisah pak Usu ini bukan luar biasa lagi.Malah orang tidak takut pada ketakutan yang dibuat-buat,macam dalam movies tu.Yang pasti,mahkluk ni takut pada ayat suci Al Quran.So you guys...just perform your solat and read the Al Quran.Ya Allah hambaMu mohon perlindungan dari syaitan yang di rejam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment