My favourite flower.
Monday, November 22, 2010
ARUS KEHIDUPAN INI...
Saat yang paling seronok kalau pulang ke desa ialah ketika berkumpul adik-beradikBerbeza ketika masih kecil,kini berkumpul sebagai mak-mak,ayah-ayah dengan anak-anak saudara yang mewujudkan sebuah keluarga yang tersangat besar.Teringat masa kecil-kecil dulu ,ikut keluarga balik ke rumah atok di Bukit Kangkar.Budak-budak kecil dah melepak tidur,tetapi kaum ibu masih duduk berkumpul,buat apa lagi ,berceritalah....macam-macam.Nampaknya aktiviti tu masih berlaku kini.Cuma kami akan duduk di atas tangga depan,mengadap bangunan lama Sekolah Kebangsaan Telok Rimba(kini telah tiada).Mak long memulakan dan cerita berpanjangan,bersambung-sambung berkisar kisah silam biasanya.Merata dari satu kampung ke kampung,mengingati peristiwa demi peristiwa.Bila yang melucukan...berdekah-dekah lah ketawa.Bila yang menyeramkan,mulalah yang kecil akan menghimpitkan diri dengan mak-maknya.Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa, diiringi dengan bunyi cengkerik menjadikan sesi itu menyeronokkan.Tidak terasa masa berlalu,sedar-sedar terdengar azan subuh dan desaku tersangat indah diwaktu ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment