My favourite flower.
Thursday, November 25, 2010
IA MEMBERITAHU...
Sebagai hamba Allah kita tiada pilihan dalam menempuh apa yang sememangnya telah diperuntukkan kepada kita sejak azali di Loh Mahfuz.Teh yang sebelum ini tidak begitu arif tentang Sufism menjadi begitu tertarik untuk mendalami Islam mengikut kaedah itu.Titisan airmata berderuan mengalir.Terjawab satu persoalan yang sangat diperlukannya.Jadi hakikat kehidupan ini bukan untuk manusia mencapai kepuasan dirinya sendiri.Hidup ini adalah satu tugasan untuk melakukan tugasan yang telah di amanahkan.Apa yang ditakdirkan untuk kita itulah amanah yang diberikan.Info itu memberitahu lagi kalau sesaorang itu hendak mencapai matlamat hidup ini iaitu menjadi insan soleh atau solehah tidak payah merayau jauh-jauh.Kalau dia seorang petani,dengan memegang cangkul dan bersungguh-sungguh menanam dan menjaga tanamannya pun dia boleh mendekatkan dirinya dengan Allah.Allah tidak meletakkan sebarang syarat kepada hambaNya yang mahu mengenaliNya.Teh perolehi ketenangan dan jiwanya menjadi begitu tenteram.Percaya atau tidak sebagai pendidik pun sebelum itu dia merasakan dirinya sentiasa sibuk untuk mengenali Allah secara dekat.Pengetahuan tentang Allah bagai fakta yang tersemat di minda,tidak dari dalam diri secara keseluruhannya.Sejak hari itu Teh mengamalkan beberapa suruhan dan ternyata ia menjadi amalan dalam kehidupannya.Allah bukan untuk di ingati ketika solat sahaja,tetapi di mana sahaja dan setiap ketika.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment