Ketika pak Usu Rais dan keluarganya singgah ke rumah dalam perjalanan pulang ke KL ,hujan sedang turun dengan lebatnya.Mak usu dengan baby Bashirah meredah hujan untuk masuk ke dalam rumah.Innda membantu dengan memayungkan mereka.Sambil minum dan makan kuih pak Usu Rais tiba-tiba teringatkan herba dukong anak yang diberitahu suami hidup sendiri dilaman rumah.Pak Usu tidak mengenali lagi herba itu .Mujurlah mak teh kenal , lalu mencabut beberapa pokok yang hidup di antara pokok bunga dalam pasu .Mudahnya.......Mak usu telah dinasihatkan supaya dimandikan dengan air rebusan herba dukong anak itu.Air tersebut sangat baik untuk ibu yang masih dalam pantang.Semuga selepas mengenali herba itu,pak usu boleh mencarinya .Herba ini hidup bersama rumput rumpai lain ditepi-tepi padang rumput,laman rumah dan kebun sayur.
No comments:
Post a Comment