My favourite flower.
Thursday, November 25, 2010
SEPERTI KAIN PUTIH...
Daripada ibubapa dan para pendidiklah mereka harapkan untuk mendapatkan corak yang cantik.Dengan corak yang asas inilah mereka akan berjalan di atas muka bumi ini sehinggalah mereka dapat mencorakkan kehidupan mereka sendiri.Ya Allah betapa besarnya peranan ibubapa dan para pendidik.Inilah yang akan ditanya di akhirat nanti.Kadangkala Teh rasa dia sudah buat sehabis baik,namun baginya dugaan yang datang itu bagai satu tamparan yang sangat hebat.Ada banyak lagi di luar sana yang Teh perlu ambil tahu dan dapatkan.Teh sedar kelemahannya ialah merasa cukup dengan apa yang ada.Tidak akan bercampur dengan sembarangan orang yang boleh mendatangkan masalah kepadanya.Paling dia tidak suka mencampuri urusan orang lain.Baginya prinsip jangan mengganggu kalau tidak mahu diganggu.Dengan lemah longlai Teh menghampiri komputer.Dia mahu melupakan apa yang mengusik jiwanya itu dengan membaca bahan-bahan yang disukainya seperti kebiasaannya.Tiba-tiba dia terjumpa satu informasi yang dirasakannya memang dikhaskan untuknya.Dia merasakan segala keluhan perasaannya kepada Tuhan telah mendapat jawapan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment