My favourite flower.
Wednesday, November 24, 2010
Dari tepi jendela ini.... aku hanya insan biasa
Aku hanya insan biasa...maka itu aku bermula dari seorang bayi perempuan yang lahir dari rahim ibuku.Kelahiranku juga di sambut oleh seorang yang bernama bapa.Aku membesarkan dalam persekitaran yang di sediakan oleh mereka. Aku melangkah dan meniti hari demi hari dalam kehidupanku hingga satu saat aku dapati ada sesuatu yang aku tidak tahu dan perlu tahu.Ya Allah terima kasih kerana menarik aku jauh dari kegelapan ke satu dimensi yang menyerlahkan siapa aku di sisi Mu.Hanya Allah sahaja yang tahu,bagaimana hati dan perasaan ku ini.Aku tetap marah ,masih merasa benci dan tidak suka kalau faktor-faktor penyebab itu di lakukan oleh mereka yang sengaja malas tidak menyedari yang dia juga hanya seorang hamba Allah.Bila fikiran ku buntu aku akan mengucapkan Allahuakbar,Allahuakbar banyak-banyak.Kesannya....fikiran ku kembali tenang,tenteram dan aku teruskan perjalanan mengikut track ini...Thank you Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment