My favourite flower.
Tuesday, November 30, 2010
Rahsia dari peran Atok.
Sebenarnya ini satu daripada tajuk dalam cerita motivasi untuk kanak-kanak yang sedang dalam proses ...untuk di bukukan.Kisah tentang Tulip yang berpeluang pulang ke kampung ibunya di Malaysia.Tulip dilahirkan dan di besarkan di Turkey oleh nenek Ameena.Bila Tulip berusia 14 tahun ,dia telah berpeluang pulang ke negara kelahiran ibunya di sebuah perkampungan yang terpencil di Muar, Johor.Ibu Tulip , seorang wartawan bebas yang telah banyak mengembara ke serata pelusuk dunia telah mengambil keputusan untuk membawa Tulip tinggal bersamanya,namun mendapat tentangan dari nenek Tulip.Ini adalah semata-mata kerana Syazryza,ibu Tulip yang suka mengembara dan tidak suka tinggal setempat.Akhirnya nenek Ameena akur dengan permintaan Syazryza bila beliau mendapat tahu yang menantunya itu akan bersara dan akan menetap di Malaysia.Di awal perjumpaan,Tulip agak kekok bersama ibunya,namun keadaan berubah apabila ibu membawanya pulang ke kampung untuk menguruskan soal harta pusaka.Ketika inilah Tulip menjumpai sesuatu....Tulip seorang anak gadis yang pintar dan berani.Apa yang dijumpai Tulip adalah sebuah tabung lama yang telahpun pecah.Sebagai pencinta barangan lama,Tulip telah meminta kebenaran mak ciknya untuk memiliki tabung antik itu.Mak ciknya telah membenarkan dan ketika Tulip cuba mencantum semula tabung yang diperbuat dari batang pokok itulah dia menyedari ada bahagian lain dalam tabung itu yang belum di buka.....seterusnya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment