Zainon Ali Semoga keluargaku memperolehi keberkatan dan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.Semoga tanahairku dilimpahi kedamaian dan rakyat hidup bersatu dan terus maju.Amin.about an hour ago · · 6 people
Pagi ni rasa bahagia ....aku bersyukur ke hadrat illahi.Selepas anakku Mohd Afdhal bersalaman dan aku ucapkan selamat berjaya ( bagi kertas Science Tambahan -SPMnya) kepadanya,aku terus membuka laptop dan melihat mesej.Tertera ucapan selamat Tahun Baru Islam.Menyedari hakikat diri baru melalui satu lagi pintu gerbang kehidupan.Aku terus menaip barisan ayat di atas,dan hanya dalam beberapa saat 6 orang like-Ya Allah hambaMu ini menyedari bahawa dalam kesaratan menggalas tanggungjawab sebagai hamba Mu di dunia ini,kadangkala memang terasa penat,sehingga rasa sehembus nafas dipenghujung tahun Islam ini hanya mampuku lafazkan doa di atas dengan rasa insaf dan dengan harapan semuanya akan dipermudahkan untuk ku ya Allah.Thank you Allah for the wonderful events that I had last year...I appreciated it and may your love and guidance be around as ever...
No comments:
Post a Comment