21 December 2010 saya menghadiri mesyuarat guru yang pertama bagi sesi 2011.Saya datang awal kerana teruja nak kembali bekerja selepas lama berehat.Tahun ni terasa lama kerana tidak dapat bercuti lama di kampung dan tidak buat percutiaan di tempat yang jauh.Ini kerana perlu berada di sisi putera tersayang yang baru selesai SPM nya semalam.Saya banyak mengisi masa dengan melakukan aktiviti sebagai surirumah sepenuh masa terutama sekali memasak.Sebab itulah terasa berat badan naik dan terasa berat nak bergerak.Sedar pada usia yang telah melangkah ke gerbang keemasan ini,berbagai perubahan pada diri yang ketara berlaku.Terutama dari segi kekuatan fizikal dan daya pemikiran terasa kian merosot dan memudar.Eeee mengerikannn.Namun Alhamdulilah masih di beri izin Tuhan untuk melihat pagi yang indah hari ini dengan semangat yang berkobar-kobar dan akan redha menerima ketentuan yang di tentukan oleh pentadbiran.Biasalah excited nak tengok kelas apa yang diberikan dan jawatan yang bakal di pertanggungjawabkan.
Terasa terharu kerana masih diberi tugas yang sangat mencabar iaitu sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris ,masih diberi mengajar kelas Tahun 6 dan orang yang dipertanggungjawabkan membantu menceriakan sekolah khususnya Taman Herba.Bagi saya tugasan ini biasa yang tidak lagi biasa pada tahun ini.Matapelajaran Bahasa Inggeris di kenal pasti sebagai subjek penggagal bagi pencapaian kualiti dan peratusan keseluruhan.Sayalah yang paling terasa menerima tamparan ini kerana saya adalah Ketua Panitia Bahasa Inggeris sekolah ini selama ini.Saya tidak menafikan yang saya rasa bangga kerana di klasifikasi sebagai guru yang beropsyen khusus dalam Bahasa Inggeris.Saya seronok mengajar matapelajaran ini kerana semasa sekolah saya adalah dari aliran Bahasa Inggeris.Saya pemegang Malaysian Certificte of Education dan tidak hairanlah penguasaan saya dalam bahasa ini tidak boleh dipertikaikan oleh pihak PPD dan pentadbiran sekolah.Mereka selalu berkata,alah cik gu aliran Inggeris,dah cakap orang putih sejak darjah satu.Tidak ada masalah dan itu sebab itu boleh ambil ijazah TESL dan lulus dengan mudah.Alhamdulillah apa yang saya miliki adalah satu bonus untuk saya secara peribadi.Saya ada basic yang sangat kuat dan penguasaan Bahasa Inggeris saya telah bermula sejak saya di sekolah rendah.Bukan bermula ketika saya di Maktab Perguruan dan ketika pengajian Jarak Jauh saya di Open University Malaysia.Maka itulah saya seronok mengajar matapelajaran ini kerana ia langsung tidak sukar bagi saya.Apatah lagi mengajar anak-anak yang berusia dari 7 hingga 12 tahun.Mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di tanahair saya sehingga saya berdiri sebaris dengan guru-guru Bahasa Inggeris yang cemerlang dan diberi pengikhtirafan sebagai Guru Sumber Bahasa Inggeris oleh JPN.Saya sedar dengan anugerah ini saya memang sejak dulu tidak boleh lari dari jawatan sebagai Ketua Panitia.Saya juga tidak pernah menganggap jawatan sebagai Ketua Panitia adalah sukar,kerana saya rasa bagi sekolah rendah penggerak utama ialah pentadbir.Ketua Panitia di sekolah rendah hanya sekadar title dan pentadbiran tidak pernah mendesak saya kerana prestasi kerja yang kurang memuaskan.Syukur kehadrat illahi prestasi Bahasa Inggeris di sekolah saya berada di tahap selamat dari paras bahaya.Ini bermakna sekolah saya selama ini mempunyai tenaga pengajar yang bagus,program yang bagus dan pentadbiran yang sangat bagus.Saya beranggapan semua guru telah mendapat latihan perguruan yang mencukupi mengikut opsyen masing-masing.Tidak timbul soal guru tidak boleh mengajar dan tidak tahu nak mengajar dan perlu di ajar lagi.Sepatutnya kalau begini tidak ada masalah untuk mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi.
Saya selalu berasa lega(satu credit untuk saya secara peribadi) bila mendengar bagaimana rakan-rakan seperjuangan yang mengajar di sekolah yang prestasi Bahasa Inggeris di bawah 40%.Mereka sudah mengajar bersungguh-sungguh namun penguasaan murid sungguh mendukacitakan.Maka kata rakan itu kenalah beliau dan rakan-rakan Panitia lain berserta gurubesar ke JPN untuk menunjuk sebab hal itu berlaku di sekolah mereka.Mula-mula saya sukar nak percaya perkara ini boleh berlaku namun itulah realiti yang saya temui ketika bergaul dengan sebagai pelajar ketika mengikuti pengajian jarak jauh dulu.Saya tidak berniat hendak meninggi diri tetapi saya cuma rasa terselamat dari menanggung beban perasaan yang sama seperti rakan saya itu.Jelas di sini kalau penguasaan guru-guru Bahasa Inggeris(bukan dari aliran Inggeris) amat terhad dan mereka memang kena banyak belajar lagi sebelum boleh memperbaiki prestasi Bahasa Inggeris anak-anak didik tersayang.
Saya sedar saya kena keluar dari comfort zone selama ini kerana apabila kepentingan Bahasa Inggeris tidak berpihak pada matapelajaran Matematik dan Science,ia menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek yang berdiri sendiri.Ia menjadikan guru-guru Bahasa Inggeris rasa stress kerana subjek lain menjadi mudah kerana diberi pilihan.Sudah tentu guru-guru akan memilih mengajar dalam Bahasa Melayu yang merupakan bahasa ibunda pelajar Melayu.Guru Bahasa Inggeris tiada pilihan melainkan tetap kena mengajar dalam Bahasa Inggeris.Tiba-tiba terasa berat tugas sebagai Ketua Panitia kali ini kerana ia berada dalam zone BAHAYA.Guru-guru pula berbeza pendapat dan ada yang tidak bercita -cita tinggi,cukup sekadar biasa-biasa sahaja.Saya tidak merasakan reputasi saya tergugat tetapi yang pasti saya perlu bersikap tegas, setegas-tegasnya kerana selama ini saya biarkan mereka bekerja mengikut rentak mereka sendiri.Guru-guru sangat sensitif bila menyentuh soal akauntabiliti dan kewibawaan mereka.Saya sendiri tidak pernah mengatakan saya bagus sangat melainkan merasakan apa yang ada pada saya sebagai satu bonus yang Allah swt telah berikan.Apapun saya akan cuba buat sehabis baik yang saya boleh,kerana yang pasti saya perlu buat perubahan yang jelas dan praktikal,kerana dari pengalaman hanya pengurusan yang cemerlang menjamin produktiviti yang cemerlang.Semudah itu kan.Namun untuk melonjak ke satu point yang telah ditetapkan oleh pentadbir semasa mesyuarat tadi iaitu semua subjek teras kena sasar 80%,maka saya merasakan ini satu cabaran yang agak perit juga untuk semua guru Bahasa Inggeris tahun ini.Apatah lagi saya sebagai ketua,terasa ia satu amanah yang agak berat,ialah ini adalah bahasa antarabangsa,lain dari yang lain.Pelajar sekolah ini yang saya kenali miliki tahap penguasaan yang sederhana.Mereka yang cemerlang kerana mereka memang berminat dan ibubapa mengambil langkah proaktif untuk memajukan pencapaian pelajaran anak mereka.Sekarang saya hanya nampak program yang lebih mantap dan penyertaan yang sepenuhnya sahaja boleh merealiti hasrat kami guru-guru Bahasa Inggeris di sekolah saya ini.Semuga Allah merestui hasrat murni ku ini dan menjadikan tahun ini lebih baik dari tahun lepas.Amin.
No comments:
Post a Comment