Leganya....dapat balik ke rumah selepas menghadiri kursus.Seronok juga menginap di Hotel Seri Malaysia,masakannya memenuhi seleraku orang Melayu.Pada hari check out,antara lauknya Siput Sedut Gulai Lemak,sedapnya persis masakan arwah mak.Malas nak cerita panjang lebar tentang kursus yang dihadiri,namun penceramahnya bagus-bagus belaka.Cuma ada satu cerita yang menarik perhatian ku sangat-sangat yang telah di sampaikan oleh salah seorang penceramah itu.Tajuknya ...Ada RahmatNya.Di ringkaskan cerita, seorang Raja telah mendapati kesusahan yang menimpa dirinya itu mengandungi hikmah yang tidak ternilai maknanya.
Insan sering berkeluh kesah apabila dilanda kesusahan.Namun tahukah dia erti kesusahan yang dialaminya itu.Sebagai seorang Islam kita ada cara yang di anjurkan bagaimana untuk menangani setiap masalah.Perlu di ingat ini adalah BUMI bukan planet lain.Selagi hayat di kandung badan,masalah atau ujian itu tetap akan hadir untuk Allah mengesahkan di akhir hayat ini kita mendarat dekat Syurga atau Neraka.Sejak di bangku sekolah lagi kita dah di beritahu bahawa Islam adalah agama yang sangat mudah.Allah tidak mengenakan paksaan pun untuk sesiapa menganutnya.Ada berbagai agama di dunia ini selain Islam seperti Kristian,Budha ,Hindu dan lain-lain lagi.Walaupun hamba Allah itu menganuti agama lain dan tidak mempercayai Allah itu Tuhan mereka,kehidupan mereka tetap maju dan makmur dari segala aspek,malah mengukuhkan lagi kepercayaan terhadap agama yang mereka anuti itu.
Kehidupan ini bukan untuk manusia mencari kesempurnaan yang akan terjadi pada dirinya.Hakikat kehidupan dari zaman dulu sehingga sekarang tidak ada manusia yang mencapai kesempurnaan dan kalau adapun manusia merasakan yang dirinya telah mencapai kesempurnaan ...dia masih tidak boleh melarikan diri nya dari mengalami kematian.Yang maha sempurna hanyalah pencipta kita dan sebagai umat Islam kuasa yang maha besar itu ialah Allah swt.Hanya dialah satu-satunya yang mencipta alam maya ini dan planet Bumi yang di huni oleh mahkluk yang bernama manusia dan tidak dilupakan juga jin.Cuma yang menyedihkan di dunia ini masih ramai yang tidak menyedari bahawa masalah itu ada rahmatnya.Usah kesal,kalau hari ini anda merasakan anda malang kerana adalah sesuatu yang anda perlu betulkan dan selesaikanlah...dengan sabar dan tenang...InsyaAllah akan sampai masa anda akan rasa bersyukur kerana anda pernah merasa malang dan hari itu adalah hari dimana anda dapati anda sebenarnya adalah insan yang paling bertuah.
Sejak saya menyedari setiap saat di planet Bumi ini adalah rahmatNya walau ketika susah,senang atau dalam kepayahan dan ada masanya terasa perit juga...saya tidak lagi mampu mengeluh sebaliknya menerima semua itu dengan kesabaran .Inilah kebaikan bila diri di alam kedewasaan.Pengalaman banyak membantu kita supaya berhati-hati agar tidak melakukan perkara yang pasti mengundang kesusahan pada diri dan orang di sekeliling kita.Ramai yang menyangka bila dia bergelumang dengan kegembiraan dia merasakan itu bukan ujian .Hakikatnya itu pun ujian cuma tidaklah masalah...Kita gagal kalau kita menyangka bahawa kita tidak wajar mengalami kesusahan bila segala kesenangan kita miliki.
No comments:
Post a Comment