My favourite flower.

My favourite flower.
Hidup ini satu anugerah.

Tuesday, December 28, 2010

Tentang pokok apple,tamar dan buah durian...

Cuaca masih mendung,panas sekejap menjelang tengah hari membolehkan kain kering di ampaian.Keadaan begini biasa di bulan Disember.Ada masa cuaca begitu sejuk dan terpaksa memakai sweater.Manakala berita di TV melaporkan salji turun dalam keadaan lebat yang luar biasa di Barat.Teringat masa kecil dulu,aku selalu berangan dapat berjalan di atas salji dan membuat snowman di halaman rumah.Kemudian selepas salji cair,alam sekeliling akan mula ditumbuhi dengan tumbuh-tumbuhan dan persekitaran kembali hijau dan berwarna-warni.Indahnya kehidupan di sebelah Barat.Perubahan cuaca yang ketara menjadikan kehidupan mereka penuh cabaran dan minda sentiasa berfikir bagaimana nak meneruskan kehidupan.Namun hakikatnya keindahan itu tidaklah sepenuhnya .Pada pandangan mataku yang lahir di sebelah Timur ni memang aku nampak keindahan alam semulajadi lebih cantik di Barat daripada di Timur.Walau tidak pernah menjejakkan kaki ke sana setakat ini,tetapi dengan melihatnya melalui internet sudah cukup memberiku gambaran yang jelas dan terasa dekat di hati.Bayangkan bila teringin nak lihat pokok apple,aku cuma perlu menaip saja dan aku akan diperlihatkan dengan video ladang apple.Apatahlagi pokok-pokok apple yang digambarkan hidup subur di perkampungan sepanjang sungai ohh Tuhan cantiknya tumbuh-tumbuhan yang hidup dalam iklim empat musim itu.Kadangkala terasa mereka sungguh bertuah dan lebih di sayangi Tuhan.Sebaliknya di Mekah ,hanya gurun sejauh mata memandang dan ketandusan di mana-mana.Walau ada tumbuh-tumbuhan setengahnya perlu dibantu dengan perairan.Apa yang menarik ialah berbagai jenis pokok Kurma yang terdapat di situ.Berbagai jenis dari yang berkualiti tinggi sehinggalah yang biasa.Keenakan buah tamar atau kurma memang tiada tandingan.Sedapnya luar biasa.Namun di sinilah berpusatnya Islam,agamaku yang suci lagi murni.Di sini letaknya Kaabah,di mana wajah-wajah terarah bila menunaikan solat 5 waktu.Manakala di tanahair ku ini keadaan nya berbeza.Miliki hutan yang tersangat tebal sepanjang tahun panas dan lembab.Tiga iklim yang berbeza yang sentiasa menarik perhatianku dan sentiasa dalam pemerhatianku dari sudut mana pun.Datuk dan nenekku Haji Yatim dan Hajah Thugam berpeluang menunaikan fardhu haji di tanah suci Mekah.Dari cerita yang aku dengar arwah nenek ku mengikut jejak langkah ibunya iaitu moyangku yang meninggal dunia di tanah suci Mekah.Mereka berjaya ke tanah suci Mekah dalam tahun 60an ketika itu aku masih kecil lagi.Arwah atok Hj Yatim pulang bersendirian dan aku masih ingat bagaimana mak tinggal lama di kampung untuk membantu keluarganya menyempurnakan kenduri arwah sehingga ke 100 hari.Dalam satu daripada hari-hari itu aku masih teringat betapa besarnya persiapan kenduri dilakukan dengan segala jenis makanan dan juadah.Rumah dari anjung sampai ke dapur di terangi dengan lampu pam minyak.Ketika itu belum ada elektrik dan pada hari biasa hanya lampu pelita biasa sahaja digunakan.Juadah yang paling sedap ialah wajik Durian.Buah Durian memang unik,kulit berduri dan gugur dari dahan apabila masak.

No comments:

Post a Comment